Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Canselor Persekutuan Jerman, Angela Merkel pada hari Jumaat, 24 Mac berkata bahawa beliau agak runsing dengan tindakan rejim Israel yang membina penempatan haram di kawasan yang didudukinya di Tebing Barat.
Beliau turut menambah dengan mengatakan bahawa perkara itu akan merencatkan kemajuan proses damai berasaskan solusi dua negara.
Merkel dengan jelas berkata kepada para pemberita bahawa beliau tidak melihat sebarang alternatif lain kepada solusi dua negara dalam rangka membawa keamanan di kawasan tersebut. Kenyataan beliau itu dinukilkan oleh Reuters.
Beliau membuat kenyataan di atas sebelum bertemu dengan pemimpin Palestin Mahmoud Abbas di Berlin.
Bercakap berhubung isu penempatan haram Israel, beliau berkata "Saya khuatir dengan perkembangan yang berlaku di Tebing Barat yang melemahkan asas kepada penyelesaian dua negara.
/315
24 Mac 2017 - 12:57
News ID: 819672
Canselor Persekutuan Jerman, Angela Merkel pada hari Jumaat, 24 Mac berkata bahawa beliau agak runsing dengan tindakan rejim Israel yang membina penempatan haram di kawasan yang didudukinya di Tebing Barat.